|
"Kami Orang Dayak" |
Asal Usul Kaum Dayak
Kaum Dayak merupakan kaum terbesar yang menghuni negeri Sarawak. Kaum Dayak terdiri daripada etnik yang pelbagai akan tetapi kaum Iban merupakan kaum yang dominan dan menarik perhatian ramai. Hal demikian kerana kaum Iban memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di Sarawak Bumi Kenyalang. Dengan peratusan majoriti yang lebih daripada 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak mengikut kaum maka kaum Iban merupakan kaum yang paling dominan di Sarawak samada dari segi penentuan pengaruh politik dan sebagainya. Rata-rata kaum Iban di Sarawak telahpun menerima agama sejak kedatangan pengaruh agama di Sarawak, iaitu majoriti daripada mereka adalah penganut agama Kristian dan selebihnya menganuti agama Islam. Untuk artikel kali ini, penulis akan cuba menyingkap sejarah asal-usul kaum Iban di Sarawak dan keunikan kaum Iban yang pada hakikatnya satu pencarian yang begitu menarik dan unik berbanding dengan kaum-kaum lain di Sarawak.
Keunikan Kaum Iban di Sarawak
1. Masyarakat Iban gagah sesuai dengan dengan slogan "agi idup agi ngelaban"
4. Barangan dan alatan
|
Tempayan (tajau) |
|
Mandau (ilang) |
|
Gong (tawak) |
Selain itu, kaum Iban juga terkenal dengan budaya mereka nemiliki barangan tradisi seperti tempayan, mandau dan gong antaranya. barangan ini dikatakan untuk mengukur tahap hidup sesebuah keluarga pada masa dahulu. Dimana, masyarakat yang memiliki banyak barangan lama atau lebih dikenali sebagai lanting oleh kaum ini memiliki taraf hidup yang tinggi. Kini, barangan asal dijadikan tinggalan dari moyang untuk disimpan untuk dijadikan kenangan.
5. Perayaan
|
Perayaan Hari Gawai |
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak
untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali
sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir
bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak
disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan
tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di
Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
|
Air Tapai (Ai Tuak)
|
Terima kasih atas perkongsian itu😄
BalasPadamsama-sama.
PadamSesungguhnya, blog yang saudari hasilkan amat membantu masyarakat lain selain kaum Iban sendiri untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaum Iban. Saya yang sememangnya 'berdarah' Iban berasa amat bangga dengan wujudnya blog seperti ini.
BalasPadamTerima kasih atas komen anda😊
Padam